Search This Blog

Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

Vanila Muffin

soryla...kurang cantik muffin nyer..sbb tuannye yg kurang pandai..hihi

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

8 tbsp mentega, dicairkan (double boil)
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla
sedikit choc chips..

Cara-cara:

1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. as for me, start with pukul marjerin dgn gula first, then continue mix with other things..
2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3. Taburkan choc chips mengikut citarasa anda...
4. Bakar selama 20minit/180C. (my oven: 20 minit/150C-special case..hehe)

Ros, sory la k.su masukkan lewat dlm blog...selamat mencuba..

Wednesday, November 25, 2009

Kuih Raya

Saje suka2 try buat kuih raya utk raya ni...if tak raye for sure maleh kan..raya haji pun raya haji la....hehehe....

so, itu la hasilnya..biskut cornflakes (eggless) and also biskut semperit...biskut semperit ni sempoi n takde ceri sbb tak sempat nak gi beli ceri..gara2 tak sabar nak try...takde ceri pun leh mkn gak kan..1st round bake tu, hangus...sbb follow exactly same as in recipe..lupe yg oven saye ni cepat panas..maka hitam la jadinya...n adunan time tu agak lembut...untuk 2nd round, tambah lagi 1/2 cwn tepung gandum then bake cam biase..with 145 darjah celcius, 10 minutes je...Alhamdulillah jadi...oven ni mmg kena adjust suhu nye slow la....is it normal yer? hmmm....i'm not sure too..:)

Resepi biskut semperit

Bahan-bahan

tepung gandum-1.5 cawan, tepung jagung-1 cawan, tepung kastard-1 cawan

gula castor-1/2 cawan

butter/marjerin-200gram (almost 1 buku butter)

esen vanilla-1 sudu teh

telur kuning-1 biji

Cara-cara

1. pukul butter dan gula sehingga kembang

2. masukkan telur kuning dan esen vanilla. pukul lagi adunan

3. masukkan kesemua tepung dan kacau adunan lagi...

4. bentukkan gunakan acuan dan bakar pada suhu 145 degree celcius for 10 minutes (ikut kesesuaian oven masing2 la yer..oven saye lain sket..)

Selamat Mencuba!!!

Friday, November 13, 2009

Bihun S'pore..


Bahan2
1. Bihun - 1/3 bungkus(rendam dulu bagi lembut)
2. Bawang putih - 4 ulas
3. Lada hitam - agak2 n if nak pedas kena letak byk sikit la
4. Carrot - 1 batang
5. Ayam - 4-5 ketul(dipotong kecil2)
6. Sedikit minyak masak untuk menumis
7. Garam secukup rasa
8. Sedikit Air

Cara2
1. Tumis bawang putih dengan minyak sedikit sampai kekuningan
2. Masukkan air, carrot, ayam dan lada hitam
3. Masak sampai mendidih dan letak garam secukup rasa
4. Masukkan bihun dan kacau sama rata sehingga bihun lembut dan masak
5. Sedia untuk dimakan

Selamat Mencuba!!

Thursday, November 5, 2009

Resepi: Ayam Bakar Madu

Bahan2:

ayam - 1 ekor
*halia - 1.5 inci
*bawang besar - 2 biji
*bawang putih - 5 ulas
*serai - 2 batang
garam - secukup rasa
kunyit - secubit
sos tiram - 1 sudu teh
madu - 1 sudu

Cara2:

1. Blender semua bahan2 bertanda (*)
2. Perap ayam bersama bahan2 yg di blender dan semua bahan2 lain selama 1 malam. (if nak mkn cepat, tak perap pun takper..sbb saya buat mmg tak perap langsung...hehehe..but lagi lama perap, lagi sedap la kan...)
3. Letak ayam dalam tray oven dan tutup dengan aluminium foil
4. Kemudian bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 180-200 darjah celcius.
5. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba!!!

Wednesday, October 21, 2009

Resepi: Puding Roti

Resepi taken from YatiPruzz....dah byk kali buat but saje nak display resepi disini for my own reference in future...coz sokmo lupe la ummi ni....:)


Bahan2
Telur - 2 biji
Gula - 1/3 cawan (sape suka manis, bleh tambah gula lagik ye)
Susu Cair - 1 cawan
Air Masak - 1 cawan
Esen Vanila - 1 sudu teh
Roti - 9-10 keping roti gardenier wholemeal (agak2 je la mengikut selera masing2 dan jenis roti yg digunakan) - biasenyer ummi potong bahagian tepi roti but mlm tadi, ummi agak kemalasan..maka puding roti jadilah dlm gambo kat atas tu..

Cara2
1. Pukul telur dengan gula sehingga sebati. Tak payah la sampai kembang cam nak buat kek tu. Cukup sekadar sebati je..
2. Masukkan susu cair, air masak dan esen vanila ke dalam telur tadi
3. Potong roti kecil2 dan masukkan kedalam adunan tadi dan biar selama 5-10 minit sehingga semua roti dah menyerap adunan tadi...
4. Kukus adunan tadi selama 1/2 jam dan sila pastikan adunan tadi ditutup dengan aluminium foil sebelum dimasukkan ke dalam periuk kukus.
5. Selepas 1/2 jam, puding roti sedia di makan...Tapi if disejukkan dahulu pun sedap jugak..
6. Pada sesiapa yg nak ade cam manis n cair sikit kat bawah puding tu, masukkan 2 sudu teh gula dlm loyang dah cairkan gula sehingga warna keperangan. Kemudian letak adunan roti dan kukus seperti biasa.

Selamat Mencuba!!!

Resepi : Rendang Ayam

Resepi taken from MyResepi and modified by me (1st time buat sendiri end to end..before this cume kaki tolong jek....) :)

Bahan2
Ayam - 1 ekor
Kerisik - 4 sudu teh
Serai - 2 batang (diketuk)
Cili giling - 2 sudu (versi kurang pedas)
Serbuk kunyit - agak2
Garam dan gula - sesedap rasa
Santan - 3/4 kotak besar
*Halia - 1 inci
*Lengkuas - 1/2 inci
*Bawang besar - 2 biji
*Bawang putih - 8 ulas

Cara2
1. Blender semua bahan2 bertanda (*) sehingga halus
2. Campurkan bahan2 yg sudah diblender bersama dengan cili, serai, serbuk kunyit dan ayam. Kacau hingga sebati dan perap ayam bersama bahan2 tadi selama sejam
3. Selepas 1 jam, panaskan ayam tadi di atas api dan masukkan kerisik dan santan
4. Kacau ayam dan masukkan garam dan gula mengikut selera masing2
5. Masak selama 1 jam dengan api yg sederhana perlahan (ikut kesesuaian dapur masing dan selera masing2 - bg yg suka ayam itu hancur sket, kena la masak lama sikit dan campur air sedikit ketika masak)

Selamat Mencuba!!!


Tuesday, September 15, 2009

Resepi Biskut Cornflakes

Resepi Biskut Cornflakes

Bahan2
1. Butter - 1 ketul (250g)
2. Gula - 1/2 cawan
3. Tepung naik sendiri - 2 cawan
4. Tepung gandum - 1/2 cawan
5. Cornflakes - 1/2 kotak (diramas dengan tangan je dan jgn blender yer..nanti hancur sgt..)

Cara2
1. pukul butter dan gula sehingga sebati
2. campurkan semua bahan2 yg lain itu ke dalam adunan butter dan gula tadi
3. kacau adunan tadi sehingga sebati
4. bentukkan adunan tadi kecil2 dah bakar di dlm over
5. kepanasan over mengikut experience masing2 la...if biskut biasenyer, 160 degree for 15-20 minit (saya tak pass lagik bab ni..heheh)

Selamat mencuba!!..kerangupan nya mmg mengancam kalbu.....:)

Wednesday, September 9, 2009

Modified resepi Puding Jagung..:)

Bahan-bahan:
Tepung kastard - 1.5 cawan
Air masak - 4 cawan
Susu cair - 1 tin
Jagung Krim Manis - 1 tin
Gula - 1/2 cawan or 3/4 cawan (kepada sesiapa yg suka manis)
Garam - 1 sudu kecil

Just modify bahan2 je..insyaAllah jadi keras this time n boleh dipotong seperti biasa...Cara2 nyer masih maintain sama... dah lame hutang nak masukkan dlm blog..hehe..akhirnya masuk jua..:)

Selamat Mencuba yer kawan2...:)

Resepi suka2...

Semlm try la masak ikan siakap kukus..cari2 resepi then combine pastu blk try..hehe..
rasanya cam ok la...if nak sedap lagik, mkn ngan air asam lagik sedap..so itula jugak menu sahur tadi...hubby takut masak tak jadi, die beli jugak la food lain..hehe..sabo je la abg ni..nampak sgt wife die ni jrg masak..hahahah

resepi as below:

Ikan Siakap Kukus

Bahan-bahan:
Ikan siakap - 1 ekor
sos tiram - 4-5 sudu
garam secukupnya
air - 1 cawan
Bahan A:
bawang besar - 1 biji
bawang putih - 3 ulas
halia - 1 inci
serai - 2 batang
tomato - 1 biji

Cara-cara:
1. hiris halus2 semua bahan A
2. Campurkan semua bahan A dan yg lain2 tu ke dalam loyang yg hendak di kukus
3. tutup loyang ikan tadi dgn aluminium foil
4. kukus selama 20-30 minit
5. sedia untuk dimakan.....

Last weekend, buat la lempeng pisang..kes teringin nak mkn..dah lame tak mkn..last buat mase zaman anak dara n mula2 keje T*..tu pun sbb opismate sume request utk buat...then, terjah la kedai2 kat umah sewa dulu untuk siapkan juadah as requested...maklumla opismate dulu ramai jejaka..so, sian pulak diorang dah request nak kan..pompuan yg ada 2 org je..buat la jugak..Mujur jadi....lepas2 tu ade gak buat tapi tak gune the same resepi yg dulu....so, rasenyer lain...

But, this time mmg gune resepi same cam resepi dulu...rasenyer puas la..rase cam nak kena buat lagik..sbb buat byk kan..n hubby tak mkn kuih-muih ni, maka saya sedekahkan pada jiran...Alhamdulillah..rupenye adik balqis pun suke mkn..bila suap2 die tu, nak je die mkn...bleh ummi buat lagi la yer adik...

so, just nak letak resepi here for reference in future...

Lempeng Pisang

Bahan-bahan
1. Pisang emas - 10 biji
2. Gula - 4-5 sudu teh
3. Garam - 1/2 sudu teh
4. Kelapa parut - 1 cawan
5. Tepung gandum - 2 cawan
5. Air sedikit

Cara-cara
1. Lenyek pisang sampai lembik
2. Campurkan semua bahan2 lain itu dan kacau sehingga sebati
3. Kemudian panaskan periuk leper yg non-stick
4. Masukkan sesenduk adunan tadi ke dlm periuk dah leper2kan cam roti canai tu
5. Masak sehingga lempeng tu masak la...agak2 la yer..nak ckp pun tak reti..
6. Sedia untuk dimakan...

Selamat Mencuba!!

Pisang ada lagik kat rumah. teringin nak buat cekodok pisang pulak..rasenyer kena simpan dlm peti ais la kot..weekend la buat..:)

Alhamdulillah abg lutfi dah tak demam..tapi abah tak bagi pi skolah lagik..so, die just stay kat nursery je yesterday n today..Die kurang mkn lagik as of semlm..so, badan tak baper kuat lagik..tapi dah start main ngan adik balqis...maka, suara ummi pun mula la naik kembali...hehehe..hopefully hari ni abg lutfi kembali segar bugar seperti biase yer sayang.. :)


Tuesday, July 21, 2009

::Puding Jagung::

Bahan2

Tepung kastard - 1 cawan
Air masak - 5 cawan
Susu cair - 1 tin
Jagung Krim Manis - 1 tin (resepi asal, guna 1 cawan je..tapi dah tercampak 1 tin..maka my resepi jadi 1 tin..:))
Gula - 1/2 cawan
Garam - 1 sudu kecil

Cara2

1. Campurkan semua bahan2 diatas kedalam periuk, kacau sehingga sebati
2. Masakkan adunan yg sudah sebati tadi diatas api yg perlahan. At 1st, maybe bleh gune api yg sederhana kuat, then bila adunan dah pekat, slow kan api. Make sure sentiasa kacau adunan semasa diatas api. Anggaran adunan tersebut masak is between 15-25 minutes. bergantung pada kekuatan api yg anda gunakan...Masak sehingga adunan pekat dan berkilat.
3. Bila dah masak, tuang semua adunan kedalam bekas yg anda sukai..:)

Selamat Mencuba!!!

Sunday, June 28, 2009

kEk.....

last night ummi berjaya masak kek coklat kukus setelah beberapa bulan brg2 tu terperap dlm almari and almost expired..hahah...sungguh rajin ummi ni yer...:P

actually, this plan was materialised sbb nak balas pinggan jiran sebelah...dah lame sgt pinggan tu bertapa di rak pinggan ummi kat dapur tu..kekek..ummi dengan bersemangat waja mencari kembali resepinyer....tapi tak jumpe, so dah rase cam tak jadi nak buat...tapi bile duduk2 tu, duk try remember balik the recipe...Alhamdulillah, ummi cam ingat la...lagipun last 3 days, lutfi ade request nak kek...hmmmm....

around 6pm++, abah bawak adik gi main kat taman, then ummi memulakan operasi membuat kek ini...Alhamdulillah by the time diorang balik kek sudah berada di atas dapur..:)

kanak2 yg terlalu exited bile kek dah masak, of course la lutfi n balqis...sibuk nak nyanyi happy birthday..haha..eventho kek tu hanya sebiji kek yg plain....:)

tgk la wajah2 gembira diorang ni..



Alhamdulillah 1/4 dr kek telah memenuhi pinggan jiran sebelah dan almost 1/4 lagik untuk jiran lain...then selebihnya untuk dimakan sendiri...tapi tadi, kakak2 ipar dtg sbb hantar anak buah hubby gi register kat UM-law course, maka jamu n tapaukan sket kek tu untuk diorang...tinggal la lagik 1/4 utk anak2 mkn....rezeki dr Allah..Alhamdulillah..:)

So, nak letak resepi kek kat sini...for easier reference in future...

Kek Coklat Kukus

Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak

Bahan B
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

Bahan C
3 biji telur ayam

Cara2:
1. Masak semua bahan A diatas api yg perlahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian sejukkan bahan A
2. Ayak bahan B
3. Pukul telur (tayah la lame sgt...elok sebati pun dah ok)
4. Campurkan kesemua bahan A, B dan C dan kacau sehingga sebati
5. Letak sedikit minyak masak di loyang yg nak letak adunan kek tadi supaya tidak melekat bila nak keluarkan setelah kek masak
6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil
7. Masukkan loyang berisi adunan kek tadi ke dalam periuk kukus yg telah panas
8. Kukus kek selama 1 jam...

Hasilnya seperti dibawah..:)


Sunday, April 26, 2009

Ayam Masak Halia

This recipe taken from Has...Thanks Has for giving an idea to me on what to cook today rather than my sup ayam (menu wajib every week)..:P

AYaM MaSaK HaLiA

bahan-bahan:
ayam - 5-10 ketul (dipotong kecik2)
halia - byk sikit (dah namenyer masak halia..hehe)
bawang putih - 3 ulas
bawang merah - 3-4 ulas (nak guna bawang besar pun ok kots..)
kunyit hidup (gune kunyit serbuk pun ok)
garam dan gula secukup rasa
serbuk lada putih or serbuk lada hitam - ikut citarasa masing2...if nak pedas, bykkan yer
asam keping - 2 (utk org nak masam lebih, tambah le yer..tapi ini saye yg tambah ikut suke saya..sebenarnyer resepi asal tade asam ni..hehe)

cara2 memasak:
1. tumbuk halia, bawang putih, bawang merah dan kunyit
2. gaulkan bahan yang sudah ditumbuk bersama dengan ayam, garam, gula dan lada
3. perap selama 15 minit (actually ikut la kawan2 nak perap lama mane..hehe)
4. masukkan ayam yg sudah diperap ke dalam kuali panas...tambahkan air byk sikit untuk bagi ayam tu masak dan masak sehingga air dah kering dan ayam pun masak...
5. jgn lupe rasa yer..if tak cukup rasa, tambahle ape yg patut...
6. sedia untuk dihidang...

**masakan ni jenis kering...saye rasa lagi sedap kering je..;)..malas nak amik gambar..sbb masak pun kalut jek..anak2 nak mcm2..heheh

Selamat Mencuba...