Search This Blog

Followers

Sunday, June 28, 2009

|| Kasut Sekolah ||

After half a year, ummi dah selamat membasuh kasut skolah saya yg dah agak kehitaman kotor itu. heheh...

biasanya lutfi pegi skolah pakai selipar je..tapi bile die tengok kawan2 die ade yg pakai kasut, maka abah pun beli la kasut skolah yg berharga RM17 rasenyer...brand aper pun ummi tak tau..sebab lutfi tak pakai sgt, so malas nak beli yg mahal dan tahan lasak sikit...

itulah die kasut yg dah agak putih la ummi tonyoh pagi tadi before gi kenduri cikgu ina~cikgu di taska lutfi & balqis...dah sehingga kini kasut itu belum lagik kering..dan kapur pun takde dirumah ni...:)



So ummi dah pesan siap2 kat lutfi tadi, esok lutfi pakai selipar yer..kasut belum kering..heheheh

kEk.....

last night ummi berjaya masak kek coklat kukus setelah beberapa bulan brg2 tu terperap dlm almari and almost expired..hahah...sungguh rajin ummi ni yer...:P

actually, this plan was materialised sbb nak balas pinggan jiran sebelah...dah lame sgt pinggan tu bertapa di rak pinggan ummi kat dapur tu..kekek..ummi dengan bersemangat waja mencari kembali resepinyer....tapi tak jumpe, so dah rase cam tak jadi nak buat...tapi bile duduk2 tu, duk try remember balik the recipe...Alhamdulillah, ummi cam ingat la...lagipun last 3 days, lutfi ade request nak kek...hmmmm....

around 6pm++, abah bawak adik gi main kat taman, then ummi memulakan operasi membuat kek ini...Alhamdulillah by the time diorang balik kek sudah berada di atas dapur..:)

kanak2 yg terlalu exited bile kek dah masak, of course la lutfi n balqis...sibuk nak nyanyi happy birthday..haha..eventho kek tu hanya sebiji kek yg plain....:)

tgk la wajah2 gembira diorang ni..



Alhamdulillah 1/4 dr kek telah memenuhi pinggan jiran sebelah dan almost 1/4 lagik untuk jiran lain...then selebihnya untuk dimakan sendiri...tapi tadi, kakak2 ipar dtg sbb hantar anak buah hubby gi register kat UM-law course, maka jamu n tapaukan sket kek tu untuk diorang...tinggal la lagik 1/4 utk anak2 mkn....rezeki dr Allah..Alhamdulillah..:)

So, nak letak resepi kek kat sini...for easier reference in future...

Kek Coklat Kukus

Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak

Bahan B
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

Bahan C
3 biji telur ayam

Cara2:
1. Masak semua bahan A diatas api yg perlahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian sejukkan bahan A
2. Ayak bahan B
3. Pukul telur (tayah la lame sgt...elok sebati pun dah ok)
4. Campurkan kesemua bahan A, B dan C dan kacau sehingga sebati
5. Letak sedikit minyak masak di loyang yg nak letak adunan kek tadi supaya tidak melekat bila nak keluarkan setelah kek masak
6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil
7. Masukkan loyang berisi adunan kek tadi ke dalam periuk kukus yg telah panas
8. Kukus kek selama 1 jam...

Hasilnya seperti dibawah..:)


Kad Hari Ibu dr Lutfi ~ backdated story



Actually kad ni lutfi bg mase hr ibu hari tu...die wat kat skolah die..balik je terus bg...
Time kasih yer lutfi..Luv u so much...Ummi letak kat peti ais since dpt hr tu lagik...n dah lame gambar ni terperap dlm pc...heheheh...sorry dear...

but, ummi nak jugak masuk this pic in the blog..:)

Wednesday, June 24, 2009

~TBR holiday~

enjoy the pics first.. will story later..quite busy n kurang sihat..pray for my healthy..:)



Here goes the story...:)

This holiday was a last minute plan...abah insisted for a holiday at PD since early of this year...finally ummi berjaya booked small room at TBR(Tiara Beach Resort), PD for our holiday this time...memang sonok la kanak2 tu....

lutfi mmg tak melepaskan peluang langsung, semua nya die naik...cuma adik balqis, agak takut ngan air setelah tenggelam sekejap...hehe...adik tersalah langkah, then terjatuh..pastu, adik dah takut..nak dukung sokmo...mahu patah pinggang ummi....huhu...

that's all...Alhamdulillah...Thanks to Allah for giving us the safe journey n holiday...:)


balqis new hair cut...:)



Ini lah rambut baru saya..Abah n ummi yg potong...abah dah rimas tengok saya sokmo nak ngamuk bile ade benda tak kena..heheh..so, abah assume yg saya agak rimas dengan rambut saya yg lama...cuma ummi yg sayang sgt dengan rambut saya....ummi mintak abah tangguh sesi pemotongan rambut sehingga habih kenduri season....sbb nanti tak chumel la pi kenduri ngan rambut yg cam 'boy' ni kan...huhu....

sesi pemotongan rambut dimulakan di atas katil...sbb ummi dah berkali2 pujuk saya utk potong rambut..tapi saya tanak...end up abah potong rambut saya semasa saye tengah syok minum susu atas katil..hehe...then, ummi touch up la bg cantik2 sikit...cantik ker? senget benget kan...hehe....

sesungguhnya saya merasakan agak lega dan ringan kepala saya setelah berambut seperti ini...Alhamdulillah...ummi berangan2 tanak potong rambut saya sehingga raya nanti..InsyaAllah..sempat la rambut saya panjang balik n jadi chumel balik....:)

**saya=balqis

Friday, June 19, 2009

~on shift duty~

today is my shift duty again (IP Core Migration-2nd phase)..huhu..from 3pm until 12am...but i just came to the office at 3pm and i've other things to do in the morning..thus, i'm not eligible for any book off this time...i still have 2 days book off for last weekend stanby duty...

again, i had left my kids to my beloved hubby..thanks abg sbb jaga anak2..tadi diorang call dgr suara adik n abam lutfi ceria je..tak mcm minggu lepas adik menangis n cari ummi...maybe time tu perutnyer cam tak sedap....nak dekat sampai umah dah, hubby call ckp soh blk cepat..adik dah nangis2 sakit perut..by the time ummi sampai umah, adik dah nangis2 sambil mata dah pejam..sbb dia dah tido tapi terjaga sebab perut tak sedap..after adik dah dpt tido around 1am++, then baru la ummi dpt rest..huhu

hopefully this night adik can sleep better and sihat always...

this is only my duty for this week standby..sbb Azrin dah masuk keje...so, dpt la duty skali je and hopefully dpt bawak anak2 bercuti this weekend..Semoga Allah lancarkan semua perancangan kami..Amin..:)

Thursday, June 18, 2009

::Kisah Teladan::

got this story from my x-opismate..saje nak masuk dlm blog as my tazkirah collection..feel free to read..:)

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah-3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???