Search This Blog

Followers

Wednesday, October 21, 2009

Resepi: Puding Roti

Resepi taken from YatiPruzz....dah byk kali buat but saje nak display resepi disini for my own reference in future...coz sokmo lupe la ummi ni....:)


Bahan2
Telur - 2 biji
Gula - 1/3 cawan (sape suka manis, bleh tambah gula lagik ye)
Susu Cair - 1 cawan
Air Masak - 1 cawan
Esen Vanila - 1 sudu teh
Roti - 9-10 keping roti gardenier wholemeal (agak2 je la mengikut selera masing2 dan jenis roti yg digunakan) - biasenyer ummi potong bahagian tepi roti but mlm tadi, ummi agak kemalasan..maka puding roti jadilah dlm gambo kat atas tu..

Cara2
1. Pukul telur dengan gula sehingga sebati. Tak payah la sampai kembang cam nak buat kek tu. Cukup sekadar sebati je..
2. Masukkan susu cair, air masak dan esen vanila ke dalam telur tadi
3. Potong roti kecil2 dan masukkan kedalam adunan tadi dan biar selama 5-10 minit sehingga semua roti dah menyerap adunan tadi...
4. Kukus adunan tadi selama 1/2 jam dan sila pastikan adunan tadi ditutup dengan aluminium foil sebelum dimasukkan ke dalam periuk kukus.
5. Selepas 1/2 jam, puding roti sedia di makan...Tapi if disejukkan dahulu pun sedap jugak..
6. Pada sesiapa yg nak ade cam manis n cair sikit kat bawah puding tu, masukkan 2 sudu teh gula dlm loyang dah cairkan gula sehingga warna keperangan. Kemudian letak adunan roti dan kukus seperti biasa.

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment