Search This Blog

Followers

Wednesday, October 21, 2009

Resepi : Rendang Ayam

Resepi taken from MyResepi and modified by me (1st time buat sendiri end to end..before this cume kaki tolong jek....) :)

Bahan2
Ayam - 1 ekor
Kerisik - 4 sudu teh
Serai - 2 batang (diketuk)
Cili giling - 2 sudu (versi kurang pedas)
Serbuk kunyit - agak2
Garam dan gula - sesedap rasa
Santan - 3/4 kotak besar
*Halia - 1 inci
*Lengkuas - 1/2 inci
*Bawang besar - 2 biji
*Bawang putih - 8 ulas

Cara2
1. Blender semua bahan2 bertanda (*) sehingga halus
2. Campurkan bahan2 yg sudah diblender bersama dengan cili, serai, serbuk kunyit dan ayam. Kacau hingga sebati dan perap ayam bersama bahan2 tadi selama sejam
3. Selepas 1 jam, panaskan ayam tadi di atas api dan masukkan kerisik dan santan
4. Kacau ayam dan masukkan garam dan gula mengikut selera masing2
5. Masak selama 1 jam dengan api yg sederhana perlahan (ikut kesesuaian dapur masing dan selera masing2 - bg yg suka ayam itu hancur sket, kena la masak lama sikit dan campur air sedikit ketika masak)

Selamat Mencuba!!!


No comments:

Post a Comment