Search This Blog

Followers

Thursday, August 27, 2009

6 Ramadhan 1430 Hijrah

Yesterday, on the way back from KL - attending workshop, singgah klinik jap to check sakit kepala yg berlarutan since last friday..everyday mesti sakit kepala...bangun pagi ok lagi, but towards ptg, kepala dah makin berdenyut2..lepas telan panadol pun tak ok jugak sakit tu..is it due to hormon? tanyer doc semlm..die ckp not due to that..if u're pregnant, then yes...it was due to hormon changes. So, dia dah bg ubat yg agak kuat sket..then vit untuk urat pun dia bagi..4 jenis jugak ubatnyer..die kate if tak ok lagik, then die soh dtg utk amik darah...at the same time, die check gak BP..my BP was at the border..hehehe...110/90...doc kate yg bawah tu border..pasal ape eh?...hmmm..pelik..i rase i ok je..takde la stress ke ape ke..

doc said, normally it was due to badan penat sgt, then mata slalu tgk PC, byk berpk..then causing the urat2 to stress out..hmmm...is it true? i don't think i'm in stress condition....hmm...baru keje gini, dah jadi stress ker? camne nak go to higher post gini...need to managed well my stress...but, i'm not the person yg suka pk sgt...to those kawan2 yg kenal, maybe tahu kot..saye org yg suke gelak2 je kan..heheheh..betul dak kawan2?

So, today is my 1st day puasa di bln Ramadhan Al-Mubarak ini...Semoga my health back to normal...Since yesterday plak, dada in minor pain..ala2 gastric tu..one factor causing the acid to flow abnormally was due to stress too....hmmmm...eveywhere i heard about stress...hahahahaha

so, i just paste the info on how to ease ur stress level..Semoga Berjaya kawan2...plas bear in mind, our body need to rest too since we are to young for that stress to be in our body...isn't? heheheh

Tanda-tanda stress:
1. sakit kepala
2. penghadaman terganggu -sakit perut/again..etc
3. sakit dada
4. batuk/selsema
5. penyakit susah nak pulih walau makan ubat
6. penat
7. susah tidur / selalu jaga dan semua jenis sakit yg badan alami

Jenis-jenis stress:
1. kerja banyak
2. masalah dgn pekerja
3. masalah ngan anak-anak
4. banyak kerja rumah
5. masalah ke pejabat - letih/jam/asap kereta/habuk/ panas/sejuk

Cara2 untuk menangani stress:
1. dengar muzik
2. bersenam perlahan-lahan
3. makan makanan yg mengurangkan stress
4. melihat cerita lawak
5. berborak dgn kawan-kawan - yg positif
6. berurut/mandi air panas
7. berjalan-jalan perlahan
8. lupakan semua masalah
9. dunia seketika - akhirat mau, dunia pun mau mesti seimbang

and today is the first sahur for adik balqis...die dgr alarm clock ummi bunyi, pastu die nampak cahaya lampu dr luar bilik...sbb abah dah bangun awal sket...abah dah panaskan sup ayam (ummi masak semlm-sakit2 kepala tu masak jugak n itu je yg mampu) dan nasi...so, ummi bangun mkn je la...tapi mata mmg ngantuk sgt..tak sure whether ubat doc bg tu membuatkan ngantuk sgt pulak...lepas sahur, dua2 beranak tertido di depan tv kat hall je...pinggan sume tak basuh...tak sure abah basuh ke tak..sometimes, abah yg basuh pinggan2 tu..

semlm abg lutfi dah sibuk tanyer ummi naper ummi tak kejut die sahur..die nak bangun..yer yer je abg lutfi tu nak bangun..satgi org nak mengejutkan die ni la jenuh..heheh...pastuh blk je from nursery, die marah ummi...naper ummi masukkan vitamin C die dlm beg..kan die posa...hehehehe....abg lutfi ni lawak la..so, mlm tadi ummi kena explain la kat die yg vit C tu utk adik..sbb adik kan kecik lagik n adik tak posa...

Wednesday, August 26, 2009

Baiki cara solat khas utk perempuan

Received an email from my friend and wanna share this info with all my frens...


Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan.. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

Tuesday, August 25, 2009

Hiperkolesterolemia

Hiperkolesterolemia

Pengenalan

Objektif Pengurusan Pemakanan :
• Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
• Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol
1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
2. Kurangkan pengambilan lemak
3. Tingkatkan pengambilan serat

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
• Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap
kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
• Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
• Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
• Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram )
boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan
juga jumlah yang diambil .
• Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai
Dietetik.

2. Kurangkan Pengambilan Lemak
• Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
• Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
• Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu
besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
• Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam
setiap masakan perlu dielakkan.
• Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat
• Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
• Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil
penuh.
Jenis-jenis lemak
Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak Tepu
• Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
• Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan
kelapa.
• Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah
dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu
• Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
• Kebiasaanya daripada tumbuhan

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :
• Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
• Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan
marjerin lembut.

Nama lain bagi lemak - trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang
membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling,
cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat (
lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.


Monday, August 24, 2009

2nd & 3rd day Ramadhan..

2nd day sahur, hubby just mkn ape lauk yg dah ada..tak masak dish lain sbb lauk yg masak hr tu pun ade lagik..so, just masak nasi je...on that day, kepala sakit pula...sokmo time camni, kepala sakit...huhu...end up siang tu, baring je la...n bila dah bangun tu, tgk hubby dah masak nasi goreng untuk dia mkn berbuka...mmg plan nak masak untuk dia...tapi dia dah masak..takperlah...

same goes on the 3rd day...dah keje today...towards ptg, kepala semakin berdenyut2..end up, hubby decided to go to PARAM (Pasar Ramadhan) je n beli juadah berbuka...memula nak ikut jugak jln kat situ, tapi hubby kate takper die gi sorang je..so, end up duk rest tunggu hubby dlm kete je...:)

until now, kepala still sakit...tapi nak gak update blog...cepat la bleh puasa dan semoga hilanglah sakit kepala ini....Semoga Allah permudahkan puasa hambaMu ini...Amin...

Lauk for hubby sahur tomorrow pun die dah beli..so, just masak nasi je la japgi..

Thanks abg for ur undertanding....:)

Sunday, August 23, 2009

1st day puasa..

Menu for sahur, ayam goreng dan ayam masak kicap...bangun around 4.50am...tak penah la masak beria sebelum2 ni..tapi sbb case tak larat nak masak the night before, kuatkan hati utk bangun jugak walaupun daku dah raya..bangun semata2 utk masak for hubby, then lepas dah hidang...trus tido blk...hahahah...nasi dah masak mlm tu..pagi tu, hubby panaskan je...so, ayam masak kicap tu dah dimasak byk..maka itu jugak la lauk utk hubby berbuka nanti..cuma topup 1 dish lagik iaitu ayam goreng halia for hubby...tgh ari tu ada buat puding jagung untuk mkn sendiri2 dan sedekah pada jiran2..hubby tak suka mkn kuih-muih ni...so, if buat tu, byk la lebihnyer...

puding jagung kali ni dah jadi keras sket..after ummi dah modified sket resepinye..nanti ummi tempek kat sini..

huhu..adik dah bangun tu..dah nangis2...will story later..:)

Friday, August 21, 2009

story about me..

today is on leave..amik book off yg tak terambik2 lagik dari hari tu...so just lepak with my kids at home..and lutfi also ponteng skolah..kikiki...skali skala ummi cuti..takperla lutfi..lagipun next week dah nak school holiday for 1 week...so, oklah tu kan...our breakfast today is bihun goreng ngan sosej...byk lak tu goreng..silap2 lunch pun mkn tu..just me n kids je nak mkn...anak2 tak cerewet mkn..hubby nak blk nanti baru masak nasi..hehe

Finally, we've finished all the UAT session at Annexe 2..Alhamdulillah..but a lot of SIRs and CRs that need to be completed by vendor before the system go live..After negotiation with the users yesterday, vendor had finalised the due date for all pending items. My opinion is, the system is not ready yet for the TTT(Train the Trainer) session and also the EUT(End User Training) Session..huhu..I don't know how the trainer will train the end user...and of course, i'm not the trainer....hehehe...they did offer me to be a trainer but maleh la den..tak larat nak bercakap..feel too tired...The system is expected to go live by end of Oct 2009....

I've another not so good news whereby our call center will have another trouble ticket system to cater for telephony services only..huhu..how many system our agents need to use?? Furthemore a few services under my job scope also involved with this new system....maleh betul nak involved lagik...so, kite wat dunno je lah kan...

Last wednesday, we went to visit yati at KPJ..Mase masuk je bilik yati tu, rase dah nak menitik air mata..kesian sgt tgk yati..lemah sgt..tapi still leh control kesedihanku itu...but, mase yati citer tu, dah tak dpt nak tahan dah...berjurai2 air mata keluar....sedih sgt...Semoga yati sihat sentiasa lepas ni...Setiap yg terjadi ada hikmahnya..InsyaAllah...be strong girl...don't be stress..just have a gud rest...:)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~Salam Ramadhan Al-Mubarak~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sempena Ramadhan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua sahabat, rakan taulan, dan sauda2 yg mengenali saya...Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dan penuh keberkatan kepada semua...Amin...


Tuesday, August 18, 2009

Tips 2..Kegunaan Jintan Manis

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

since last week, ummi dah bekalkan dua org kanak2 nestum tu dengan vit C ke nursery diorang...already ask their teacher to give them 2 biji setiap org per day..and at night, they have to take another 1 biji or more dan minum madu. while me at night will take another 1 extra vit which is Vit C...i've bought free-acid vit C-1000mg at pharmacy last week and it is suitable for gastric person..As of now, i feel ok with this vit C...

Semoga Allah melindungi kami sekeluarga...Amin..
Bykkan solat hajat disamping usaha kita yg lain dlm mengharungi wabak H1N1 ini...

baju raya

Last sunday, gi house warming umah aida...aida bg la baju raya ummi yg ummi tempah kat mak n kakak aida tu...dah siap baju raya ummi....

bila sampai umah je, bukak n tunjuk la kat lutfi...

ummi : lutfi, baju raya ummi dah siap la..cantik tak lutfi?
lutfi : waaaa....cantiknya baju ummi....tu lampu ape tu ummi?

gelak besar ummi dibuat nyer...ade ke lutfi kate baju ummi ade lampu..actually itu bunga2 yg kakak aida buat manik kat tgn baju raya tu...hahahah...

lampu pun lampu la lutfi..tapi pada hakikatnya mmg berkilau2an...:)

~Gadis Melayu~

Lutfi: Ummi, hari hari ape ummi?
Ummi : hari ini hari khamis...
Lutfi: Yey, hari ni hari khamis..ade gadis melayu kan ummi...

uiks...sejak bile pulak muhammad lutfi ni jadi peminat gadis melayu..ummi yg start tgk since last 2 weeks..pastu kekanak nestum tu pun join ummi...last week nye session cam best...main2 air kat air tenjun..suka la lutfi n balqis tengok...hehehe...

pastu, he keep counting the days bile la nak tgk gadis melayu lagik ni...heheh..but i believed that mesti lutfi boring tgk citer ni bile gadis melayu ni buat aktiviti2 org pompuan nanti...kekeke

mase 1st week tu, ummi duk iron baju..bila start je gadis melayu tu, lutfi pun panggil la ummi...siap kate..'ni citer ummi kan ummi'.....heheheh

anak teruna ummi ni la..:)

saje je tengok...nak kate minat sgt tu takla..saje je ngisi masa...hehehe

Takziah buat Arwah Ngah sekeluarga..

Pagi2 tadi dah dpt call from mama saying that ngah sudah kembali kerahmatullah...Semoga Rohnya Dirahmati Allah hendaknya..She is the only one kakak mama...

Last 3 weeks, kami blk penang tgk ngah dan keadaannya memang sedih...hanya beliau yg merasai penderitaan nya itu...Jenazah dah selamat dikebumi kan pada pukul 12 tgh hari tadi...

Mula2 tu rasa cam bersalah gak tak dpt blk..call kaklong..kaklong outstation at KK, then call mohd...nak ajak blk..die tak angkat la plak..then decided to go to Annexe 2 as usual...around 9 am++, mohd sms and directly called him...die pun baru blk tgk jenazah kawan abgnya meninggal mlm tadi...sakit kanser...so, balik umah dah subuh...

Pastu call mama pulak..so, bila dpt cakap ngan mama, lega sikit..mama kata takperlah tak blk pun..sbb hr tu dah blk ziarah arwah ngah..lgpun kalut la nak balik rushing..lgpun jenazah nak dikebumikan awal..memang tak sempat nak balik dah...

Kami disini akan sedekahkan ape yg mampu untuk arwah ngah. Semoga ngah aman di sana...dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin...

Thursday, August 13, 2009

Tips...

Just sharing this info will all my friends..might be really useful to everyone of us..:)

*************************************************************************************

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....

ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!


Wednesday, August 12, 2009

yey..PC sudah OK

Alhamdulillah abah managed to reformat 2 pcs at home..heheh...already infected by virus...the worse PC belongs to Lutfi...hehehe...dah lame lutfi tak dpt tgk ultraman nyer n main game...so, finally last night dptla kanak2 nestum tu tgk ultraman siap beraksi sakan depan PC tu...tiru gaya ala2 ultraman tu...hehehe...yg paling lawak adik la..adik balqis pun dah jadi ultrawomen..huhu...dah2 le adik yer..

pastu abg lutfi plak pepagi semlm dah nak beli bateri before gi school...coz bateri kete kontrolnyer dah nak habih....but, ummi berjaya pujuk utk beli bateri in the evening..so, abah akan bawa lutfi gi beli bateri...abg lutfi ni macam2...

so, starting this week, ummi need to remind both of them to take vit C every night..previously was on off..but since H1N1 case exist in malaysia, ummi cuba biasekan diorang to take vit C on daily basis..furthermore they need to be at taska during office hour....i wish to be at home with my kids during this period...risau la..semlm tgk kat area rumah pun ade org pakai topeng n pagi tadi budak kat skolah lutfi pun ade budak yg pakai topeng...Ummi doakan yg terbaik buat kite semua..

Semoga Allah lindungi kami sekeluarga..Amin...:)

Sunday, August 9, 2009

enjoy weekend @ home sweet home..:)

this weekend was spent with my kids...did not plan to go out...just stay at home...makan bersama dgn bersuap...then, main bersama...mandi pun bersama...ni abg lutfi la yg request ni..dah menjerit2 marah bile ummi takmo mandi ngan die..dah mandi skali, ajak diorang cuci toilet skali..kekek..tapi bile adik dah nak kuar, tak habih la cuci toilet..

so menu masakan semlm n today..just a simple one..since hubby bought ayam-1 ekor n ikan bawal 2 ekor..saturday, masak sup ayam n rebus mee..as requested by lutfi...mmg die suka sgt mkn mee sup...today, pg2 dah goreng nasi n rebus mee...sbb sup semlm still ade...so, breakfast lutfi today is mee sup lagik..adik balqis cam biase la mkn sket2 ikut die je..main je lebih...dah almost tgh hari, goreng la ikan tu 4 ketul n buat masak kicap 2 ketul..itu aje menu hr ni..mmg simple kan..hubby mmg tak cerewet bab2 mkn ni..plus skang ni die dah kena gastrik, then mmg masak yg tak pedas n nak kena masak ape die nak mkn je la....as for me, tak kisah sgt...ape yg ade je la...mkn je...layannn...

adik balqis dah pandai kayuh basikal dengan sendirinya...hehehe...dua2 basikal die dah terror..basikal abg lutfi n basikal adik la...keje dua bradik tu this weekend, lawan naik basikal, then main lompat2...macam2 le...dan diselang selikan dengan sesi pergaduhan berebut mainan....ini sudah biase..hahaha...adik balqis plak kuat mengusik abg...kdg2 tu saje je die amik brg abg die..then bawak lari..satgi abg nyer melalak la...hahahah....abang..abang...pastu ummi plak jadi jurutol diorang..hehe..kejap bayar tol, kejap jadi tukang masak...adik balqis la jadi tukang masak..ummi jadi customer..hehe...siap ngan gaya2 skali kanak2 berdua tu berlakon..gaya tengah masak nasi goreng, gaya tengah bayar duit, gaya tukar duit...hihihi

tu abah baru balik ngan abg lutfi..gi beli kete kontrol baru..huhu..abg lutfi ni mcm2 la...sejak die tgk citer kartun kete kontrol kat tv9 tu semlm, dah sibuk2 nak kete kontrol..huhu..ummi soh die simpan duit tuk beli kete kontrol n suruh die carik dlm bakul mainan die kete kontrol lame2..this is not the 1st kete kontrol k...i cannot remember yg keberapa ntah...rase nye dah more than 10 kot..tapi dah kemana2 dah ketenyer...hahahah...anak2 ummi mmg tak berapa pandai menjaga mainan2 mereka....:)

itu aje this time..nak gi explore kete kontrol baru kekanak berdua tu..adik yg baru bangun tido tu dah ditunjukkan ngan kete kontrol baru abah beli untuk adik jugak....abg lutfi tengah mengajar adiknya main kete kontrol tu...heheheh....

enjoys ur weekend..:)

Thursday, August 6, 2009

Cerita weekend!!

Weekend hr tu blk kg sbb nak ziarah mak sedara yg tak sihat..lagipun rase dah lama tak balik kg...patutnya nak book off on friday but dah mata tak OK, then dpt la MC..blk la jugak kg ngan mata sepet tu...sume org tegur..takperla..nak wat camne...at least nak blk gak skali before posa..sbb nanti dah nak raye la plak blk...

mengalir jugak la air mata bila salam ngan makngah masa nak balik..sedih rasa...sian sgt..lepas 1 bln operation n masuk ICU after the operation, makngah dah tak makan n terbaring je..dah tak larat nak buat apa2 dah..sampai anak2 nye beli katil macam kat spital tu utk makngah..senang diorang nak uruskan..pastu berganti2 la anak2 nyer menjaga dan kebetulan anak2 nyer sume perempuan dan tinggal berdekatan ngan beliau..Semoga Allah permudahkan urusan kalian...Amin..

pastu mama plak kata nak beli katil camtuh gak la kot2 nanti die sakit bleh la guna katil tu..aku diam je la...taknak komen apa2......pastu mama cakap lagik kalau dia sakit macam mana..sbb anak2 duk kl..susah nak tgkkan dia...aku cakap je la...bawak mama dtg kl la..jaga kat kl la..pastu kami gelak..hehehehe...
tapi dalam hati berkata la semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik buat Mama n Abah

UAT session..n latest update..

Today i'm at the UAT session and need to complete all the outstanding item and try my best to cover other's portion too.. same as last week, they have to test on my behalf and now is my turn...:)

Dun worry frens..

about my sakit mata...until today, mata stil blur lagik..nak tgk PC n drive mmg tak selesa..cam ade selaput..nak tgk projector from my workplace pun tak nampak..nak kena bangun n focus ke screen utk tengok...cam rabun plak rase...n at night, mase tido still gune ubat sakit mata sbb tahi mata still ada...mmg kesan sakit mata camni ke kawan2? need to meet doc again ker?

semlm is my appointment with orthorpaedic specialist..ade cam bengkak n sakit kat atas lutut..Alhamdulillah after scan n everything is normal eventhough sakit still ade...but tak sakit sgt la..cuma bila bengkak tu terasa la sakitnyer..tahan je la..n cuba urut2...sbb doc ade operation n nak jumpe blk after lunch, so dpt 1 day MC yesterday...

After scan tu, pi la ke hospital pakar annur-nak check mata balik or maybe doc leh bg ubat lain..ramainyer la umat manusia kat situ..yg pakai topeng pun ramai..sampai naik susah hati nak masuk...masuk jugak la...dah habih register tu jumpe la jap ngan zaiti, kebetulan bawak anak die ke emergency (demam panas sgt)..borak jap ngan die..end up blk umah gitu je..malas nak jumpe doc..sbb nak kena tunggu lame..baik blk umah rest kan...hehehe...pastu zaiti bgtau yg ward penuh..end up die ke spital pantai cheras...

Ya Allah...ramainya org yg tak sihat..mungkin ini ujian atau bala dari Allah...Semoga Allah permudahkan segalanya dan kurniakan kami sekeluarga kesihatan yg baik...Amin...