Search This Blog

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Hiperkolesterolemia

Hiperkolesterolemia

Pengenalan

Objektif Pengurusan Pemakanan :
• Untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal
• Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung

3 cara untuk mengurangkan tahap kolesterol
1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
2. Kurangkan pengambilan lemak
3. Tingkatkan pengambilan serat

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol
• Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap
kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
• Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
• Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
• Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram )
boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan
juga jumlah yang diambil .
• Sekiranya terdapat masalah , sila dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Pegawai
Dietetik.

2. Kurangkan Pengambilan Lemak
• Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
• Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
• Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu
besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
• Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam
setiap masakan perlu dielakkan.
• Sila rujuk Panduan Pemakanan Malaysia.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat
• Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
• Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil
penuh.
Jenis-jenis lemak
Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

Lemak Tepu
• Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
• Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan
kelapa.
• Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah
dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu
• Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
• Kebiasaanya daripada tumbuhan

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu :
• Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan minyak kelapa
• Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan
marjerin lembut.

Nama lain bagi lemak - trans fatty acids ( asid lemak trans ), shortening, suet (lemak yang
membaluti buah pinggang pada kambing & lembu untuk dibuat bahan masakan) , marbling,
cream, tallow ( lemak haiwan ), lard ( lemak babi ) dripping( lemak beku), hydrogenated fat (
lemak terhidrogen ) , cis- fatty acid.


No comments:

Post a Comment