Search This Blog

Followers

Sunday, June 28, 2009

|| Kasut Sekolah ||

After half a year, ummi dah selamat membasuh kasut skolah saya yg dah agak kehitaman kotor itu. heheh...

biasanya lutfi pegi skolah pakai selipar je..tapi bile die tengok kawan2 die ade yg pakai kasut, maka abah pun beli la kasut skolah yg berharga RM17 rasenyer...brand aper pun ummi tak tau..sebab lutfi tak pakai sgt, so malas nak beli yg mahal dan tahan lasak sikit...

itulah die kasut yg dah agak putih la ummi tonyoh pagi tadi before gi kenduri cikgu ina~cikgu di taska lutfi & balqis...dah sehingga kini kasut itu belum lagik kering..dan kapur pun takde dirumah ni...:)



So ummi dah pesan siap2 kat lutfi tadi, esok lutfi pakai selipar yer..kasut belum kering..heheheh

kEk.....

last night ummi berjaya masak kek coklat kukus setelah beberapa bulan brg2 tu terperap dlm almari and almost expired..hahah...sungguh rajin ummi ni yer...:P

actually, this plan was materialised sbb nak balas pinggan jiran sebelah...dah lame sgt pinggan tu bertapa di rak pinggan ummi kat dapur tu..kekek..ummi dengan bersemangat waja mencari kembali resepinyer....tapi tak jumpe, so dah rase cam tak jadi nak buat...tapi bile duduk2 tu, duk try remember balik the recipe...Alhamdulillah, ummi cam ingat la...lagipun last 3 days, lutfi ade request nak kek...hmmmm....

around 6pm++, abah bawak adik gi main kat taman, then ummi memulakan operasi membuat kek ini...Alhamdulillah by the time diorang balik kek sudah berada di atas dapur..:)

kanak2 yg terlalu exited bile kek dah masak, of course la lutfi n balqis...sibuk nak nyanyi happy birthday..haha..eventho kek tu hanya sebiji kek yg plain....:)

tgk la wajah2 gembira diorang ni..



Alhamdulillah 1/4 dr kek telah memenuhi pinggan jiran sebelah dan almost 1/4 lagik untuk jiran lain...then selebihnya untuk dimakan sendiri...tapi tadi, kakak2 ipar dtg sbb hantar anak buah hubby gi register kat UM-law course, maka jamu n tapaukan sket kek tu untuk diorang...tinggal la lagik 1/4 utk anak2 mkn....rezeki dr Allah..Alhamdulillah..:)

So, nak letak resepi kek kat sini...for easier reference in future...

Kek Coklat Kukus

Bahan A
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak

Bahan B
1 setengah cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

Bahan C
3 biji telur ayam

Cara2:
1. Masak semua bahan A diatas api yg perlahan dan kacau sehingga sebati. Kemudian sejukkan bahan A
2. Ayak bahan B
3. Pukul telur (tayah la lame sgt...elok sebati pun dah ok)
4. Campurkan kesemua bahan A, B dan C dan kacau sehingga sebati
5. Letak sedikit minyak masak di loyang yg nak letak adunan kek tadi supaya tidak melekat bila nak keluarkan setelah kek masak
6. Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil
7. Masukkan loyang berisi adunan kek tadi ke dalam periuk kukus yg telah panas
8. Kukus kek selama 1 jam...

Hasilnya seperti dibawah..:)


Kad Hari Ibu dr Lutfi ~ backdated story



Actually kad ni lutfi bg mase hr ibu hari tu...die wat kat skolah die..balik je terus bg...
Time kasih yer lutfi..Luv u so much...Ummi letak kat peti ais since dpt hr tu lagik...n dah lame gambar ni terperap dlm pc...heheheh...sorry dear...

but, ummi nak jugak masuk this pic in the blog..:)

Wednesday, June 24, 2009

~TBR holiday~

enjoy the pics first.. will story later..quite busy n kurang sihat..pray for my healthy..:)



Here goes the story...:)

This holiday was a last minute plan...abah insisted for a holiday at PD since early of this year...finally ummi berjaya booked small room at TBR(Tiara Beach Resort), PD for our holiday this time...memang sonok la kanak2 tu....

lutfi mmg tak melepaskan peluang langsung, semua nya die naik...cuma adik balqis, agak takut ngan air setelah tenggelam sekejap...hehe...adik tersalah langkah, then terjatuh..pastu, adik dah takut..nak dukung sokmo...mahu patah pinggang ummi....huhu...

that's all...Alhamdulillah...Thanks to Allah for giving us the safe journey n holiday...:)


balqis new hair cut...:)



Ini lah rambut baru saya..Abah n ummi yg potong...abah dah rimas tengok saya sokmo nak ngamuk bile ade benda tak kena..heheh..so, abah assume yg saya agak rimas dengan rambut saya yg lama...cuma ummi yg sayang sgt dengan rambut saya....ummi mintak abah tangguh sesi pemotongan rambut sehingga habih kenduri season....sbb nanti tak chumel la pi kenduri ngan rambut yg cam 'boy' ni kan...huhu....

sesi pemotongan rambut dimulakan di atas katil...sbb ummi dah berkali2 pujuk saya utk potong rambut..tapi saya tanak...end up abah potong rambut saya semasa saye tengah syok minum susu atas katil..hehe...then, ummi touch up la bg cantik2 sikit...cantik ker? senget benget kan...hehe....

sesungguhnya saya merasakan agak lega dan ringan kepala saya setelah berambut seperti ini...Alhamdulillah...ummi berangan2 tanak potong rambut saya sehingga raya nanti..InsyaAllah..sempat la rambut saya panjang balik n jadi chumel balik....:)

**saya=balqis

Friday, June 19, 2009

~on shift duty~

today is my shift duty again (IP Core Migration-2nd phase)..huhu..from 3pm until 12am...but i just came to the office at 3pm and i've other things to do in the morning..thus, i'm not eligible for any book off this time...i still have 2 days book off for last weekend stanby duty...

again, i had left my kids to my beloved hubby..thanks abg sbb jaga anak2..tadi diorang call dgr suara adik n abam lutfi ceria je..tak mcm minggu lepas adik menangis n cari ummi...maybe time tu perutnyer cam tak sedap....nak dekat sampai umah dah, hubby call ckp soh blk cepat..adik dah nangis2 sakit perut..by the time ummi sampai umah, adik dah nangis2 sambil mata dah pejam..sbb dia dah tido tapi terjaga sebab perut tak sedap..after adik dah dpt tido around 1am++, then baru la ummi dpt rest..huhu

hopefully this night adik can sleep better and sihat always...

this is only my duty for this week standby..sbb Azrin dah masuk keje...so, dpt la duty skali je and hopefully dpt bawak anak2 bercuti this weekend..Semoga Allah lancarkan semua perancangan kami..Amin..:)

Thursday, June 18, 2009

::Kisah Teladan::

got this story from my x-opismate..saje nak masuk dlm blog as my tazkirah collection..feel free to read..:)

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.


Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.


Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah-3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???



Wednesday, June 17, 2009

Lutfi & Balqis yg chumels...:)

Ummi: malam ni lutfi tido ngan adik kat atas katil yer

lutfi: tanak la ummi, nanti adik buat lutfi (bercakap dengan muka yg sedih..:(..)

Ummi: adik baik la..adik tak buat abam lutfi la..boleh la yer lutfi tido ngan adik..lutfi dah besar kan..lutfi dah tak boleh tido ngan abah dah..

Ummi: adik tido ngan abam yer...(pada hakikatnye, mmg adik balqis sokmo wat abg lutfi..asyik wrestling abg je...n dah byk gak luke kat badan abam dek kena gigitan/rengauan/dll dr adik)

balqis: adik tanak la...(ngan memek muka tanak)

Ummi: lutfi tanak jugak tido ngan adik?

lutfi: taknak la ummi, adik hitam legam...lutfi tanak tido ngan adik sebab adik hitam legam (laaa...siannyer adik..abam kate adik hitam legam..adik bukan hitam legam..adik hitam manis la..anak ummi adik balqis ni comelkan, adik balqis....

Ummi: lutfi tak baik tau kata adik camtu..sian adik...lutfi tak sayang adik ke?

lutfi: (wat muke dunno je sambil menggeleng kepala..siannyer adik balqis..)

after 5 minutes

lutfi: badan adik hitam tapi muka adik putih...

Ummi: yer ke lutfi..cuba lutfi tengok muka adik ngan tangan lutfi..same je...ala lutfi ni..lutfi takde la putih sgt kan..heheheh...(sakit perut ummi gelakkan lutfi and balqis ni)

Conclusion:
abam lutfi & adik balqis kan anak2 ummi yg comel...:)
I love both of u so much...:)

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami
keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu.

Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).

Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Sunday, June 14, 2009

another 1hr to go...

Begitu cepat masa berlalu...another 1 hour saya dah dapat balik ke rumah saya...:) Sure anak2 mencari2 saya dari pagi tadi..ummi keje lagik la...Sorry yer abam dan adik..

Since I can't remote to my beloved PC at my office, then i fill up my time with reading book 'Aku Terima Nikahnya' hasil nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam.com)...I learn a lot from reading this book and hopefully I can implement all the knowledges that I got from this book..

Bantulah hambaMu ini Ya Allah untuk menjadi isteri & ummi terbaik untuk hubby dan anak2 tersayang...

Enjoy ur weekend with ur family...:)

"Pelikkan cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas email dan SMS?"

::On Duty::

I'm on duty today..Sunday is my rest day actually..huhu..but, i'll take another day for my rest day..:)

Sad story today is that i can't remote to my PC upstairs as usual..Tension beb...assuming that my pc might be restart on its own...but...after a few investigation done, found that i can't on my pc even after change the power socket..might be power module of the CPU problem...oh no!!...tomorrow i've to complete my monthly report and send it to all my team..Furthermore, i've ask my staff to prepare the report during his shift last night so that i'll verify the report during my shift today....but...i'can't even enter my pc now....Tensionnyer....huhuhu

What to do...already sms to SA team just now..just to make sure that they will check my PC ugently by tomorrow morning...hopefully i can complete my report as expected. if not, i'm so sorry for the delay of the report submition.

So, now is my free time..maybe i can read buku Atul..:)

Friday, June 12, 2009

thanks abg..:)

semlm hubby bawak balik seplastik kain from opis..bile tanyer die ape..die cakap kain..terkejut gak kain ape pulak..rupenya opismate die jual kat opis..kain sari beli dr s'pore..byk la jugak kainnyer..sampai konpius nak pilih...hubby suruh pilih la yg mane berkenan...panjang kainnyer..bleh buat baju ummi n adik balqis..:)

sambil2 duk pilih tu, duk tunjuk jugak kain tu kat hubby, ade je la komennyer...'merah sgt la'..then, 'kaler coklat tu tak cantik', then ade lagik le..hehe...sbb duk kalut kontrol adik balqis sibuk nak main kain2 tu..end up ambil kaler biru..sbb tak byk baju kaler biru..harga leh tahan gak le mahal(RM100++)..tu yg nak survey ngan member2 yg biase beli kain kat s'pore.. any comment frens?..

pastu pagi tadi, hubby tanyer la dah ambil ke kainnyer..sbb nak pulangkan kain tu balik ke tuannye...if ade lagi nanti, hubby kate leh die bawak balik lagik..heheh..:)

Thursday, June 11, 2009

let's try..:)

50 perkataan

Speedtest



Kamu mencapai 255 markah, jadi kamu berada di posisi 11547 dari 121253 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 316 aksara seminit
you mendapat 50 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah


dah nampak dr blog atul...tapi maleh nak try sbb rase cam taip slow jek..pastu nampak lak kat blog yati..terasa nak try...kekeke...
so, inilah hasilnyer...

nak kena try lagik ni....heheh

jom kawan2, kite try ramai2...:)

standby!!

I've to work this weekend for the migration work...hopefully everything went smooth during the migration and not so much work that we need to do during standby...

i'm the 1st person will start the shift standby team starting 3pm-12pm tomorrow...so, my working time will be from 8.30am until 12pm...againts the law..huhu..but nevermind, i'll take that replacement leave some other time...

basically, i'm already understand what is the basic job that need to be done during the standby...after 2 briefing sessions held just for this migration..hopefully my team also aware and pls do contact me if u need further clarification....the important person is lia..hehe..since she will be working during the migration window...hope everything goes fine yer lia..:)..k.su hope lia can come around 11++pm, so that k.su will go back a little bit early that night...hehe

my next shift will be sunday, 8am until 3pm...no rest day for me this weekend...huhu...

hopefully Allah will give me strength....Amin..:)

Wednesday, June 10, 2009

ngantuk!!!

curi mase jap ni...memandangkan mata ni terlalu mengantuk...semlm abah n mama sampai from penang...elok nak sampai je umah saya, abah dah rasa sesak nafas....abah memang ada masalah jantung...risau takut melarat, mama mintak la kitorang bawak abah gi hospital...so, we've decided to go spital serdang...since this hospital besar n still new....and when reach the emergency nyer tempat tu, terus staff spital tu bawak abah n masuk kedalam for further checking...while me n mama register abah at the registration counter. hubby went to park the car at the car park...full parking at that time..almost 7pm....

After finish register abah, then the staff ask us to wait at the waiting area until they call us. punya lama tunggu....kat dalam tu, i don't know ape yg diorang dah buat...then, hubby pun dah lapar, gi teman hubby mkn kat spital cafeteria and tapau food for mama n adik2...hubby off to surau for maghrib prayer while me go to the emergency waiting area to meet mama....mama dah duk pk kan kanak2 nestum at nursery lom amik lagik..so, i've decide to go back with hubby first and mama will wait for abah and see the condition how...

elok nak blk je, tgk2 abah dah kuar, and Alhamdulillah sume blood test done ok..kolesterol ok..maybe sbb cuaca jerebu n kl kan..kurang bagus sket udara if bandingkan dengan kat kampung...everything is normal...then, we went home and terus amik kanak2 nestum tu...sian diorang..tinggal berdua je kat nursery tu..sampai jek, lutfi nampak ummi terus nangis..hero manja ni..taleh lambat sket..sure nangis..adik relax je ngan muke blur die, sbb nampak tok ngan tokwan ade dlm kete skali....sampai umah dah almost 9pm...fuhhh..penat nyer...

nak dijadikan cite, mlm tadik adik asyik jaga2 n nangis2 je...ummi mmg dah tak larat nak bukak mata...die duk tunjuk ke pintu...bila ummi tanye nak susu ke tak..die marah ummi...n nangis lagik...tepuk2 die pun takleh..die nangis jugak..ummi tak tau nak wat aper..mata n badan ummi dah penat sgt...kul 4 lebih tu adik jaga lagik, at this time, marahnyer lama sket..sampai abg lutfi jaga dr tidonyer..then nak susu plak..abah le bangun wat susu tuk abg lutfi..ummi wat susu adik n bukak kan pintu bilik...baru la die mau tido...die tahu kot tok n tokwan tido kat luar tu..tu pasal soh bukak pintu....mane la ummi tau...biasenye mmg kitorang tutup pintu n tade sape kat luar..adik mmg ok jer...adui la adik...ummi dah bape kali la baca ayat kursi n hembus kat adik..abah pun same..takut kena ape2 gangguan...end up, abah bukak bacaan surah yassin kat henpon abah...and adik pun tido dengan tenangnye....dugaan sungguh...

ummi nak bangun pagi pun tak larat sgt..and now kat opis ngantuknyer....semoga daku dpt bertahan dan dpt melakukan keje dengan sebaik mungkin...Semoga Abah sihat slalu...Amin...

Saturday, June 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Fizah..:)

Tadi pi kenduri fizah n hubby (azri)...cantik sungguh fizah..kat bawah ni ade la pic bersama pengantin anggun ni..:)

Selamat Pengantin Baru buat Fizah & Hubby
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat...Amin...:)
Dah dpt baby nanti, jgn lupe bgtau k.su k...:)



berpusing2 gak kitorang kat kawasan tu...mencari umah pengantin..siap tanyer guard lagik..padahal dah lalu jln besar before masuk umah pengantin tu..heheh..tak perasan la...
tapi Alhamdulillah sampai gak ke destinasi yg dituju..

elok duduk nak mkn je, adik plak nak gi toilet...terpaksa la jln ke rumah pengantin n mintak izin nak tumpang toilet..k.su pun masuk la dlm umah fizah....hehehe

dah elok tgk mkn, lutfi plak nak ke toilet..lg skali bawak rombongan cik kiah ni ke toilet...at last terus cari fizah tuk bergambar before balik...cari punya cari...tak jumpe2 pun...pastu, tanyer la sedara2 fizah, pengantin mane?...sume tak tahu...pastu ade gak yg gi cari kat bilik pengantin, tak jumpe jugak....end up, kami kuar dr umah fizah n tunggu kat kolam air tu...bg anak2 tgk kolam dulu...sambil mata duk meninjau2 cari pengantin...heheh...nampak pengantin laki je, tapi segan la nak amik gambar ngan pengantin...sambil meninjau tu, nampak la fizah kuar dr dumah..terus panggil n cakap nak amik gambar...fizah ajak naik atas pelamin...segan banget...hehehe.....dpt jugak amik gambar ngan pengantin...pengantin laki dah tak tahu kemana...takde la gambar pengantin laki....

balik kampung ooo balik kampung..



29/5/09

lepas keje, terus gi amik anak2 di nursery and bertolak ke kg-penang….anak2 pun sonok la bile dengar nak balik umah tokwan n tok…seperti yg dijangka memang jam la kat exit subang, damansara sampai sg buluh..then baru la jln ok..before that, ade suggest kat hubby tuk masuk guhtrie, tapi die kate maleh nak masuk sbb byk sgt tol nyer…hehe…Alhamdulillah tak jam sgt and still moving…siang tu mama ada sms bgtau yg mlm tu actually ade kenduri sikit…siap ade khemah depan umah n diorang kenduri ayam baker…dlm 100+ jugak org dtg…sbb tengah hot berkempen sempena pilihanraya Dun Penanti….Actually saya tak dpt mengundi pun sbb bukan bawah Dun Penanti..hahaha….tatau pun..mama yg bgtau..kakaka..bagus kan..:) selamat sampai di penang pukul 1 pagi…Alhamdulillah…


30/5/09

pagi tu rest je dirumah sbb mama gi kuliah pagi tu n dah plan nak pi kenduri has after solat zohor..ada 3 jemputan kenduri hari ni…1st kenduri – umah hasliza (my best friend since primary school_, 2nd kenduri - umah anak sepupu mama kat kebun sireh, 3rd kenduri – umah kakak kawan mama di guar perahu…


kat 2nd kenduri, lutfi n balqis dah tido, tapi mase angkat adik balqis nak tinggal kat abah, jaga plak dia..so, bawak la adik balqis skali lagik…ummi dan adik mkn buah oren je…maleh nak mkn nasi..tok n tokwan mkn nasi ngan gulai ikan masin..sedapkan….


kat 3rd kenduri plak, org dah kurang la..n lauk nye byk lagik..tapi sbb ade dish lain selain nasi seperti bubur pulut merah dan laksa penang, maka nasi tidak menjadi pilihan kami sekeluarga time tu..tapi mmg sedap la laksa penang kat kenduri ni..adui la..habih diet ku…sedap betui…adik balqis pun mkn laksa…mcm2 die mkn hari ni…smpi je umah tok dah almost 5.30pm….

mlm tu..adik dah ngamuk2…tak sure sbb ape…igtkan sbb tido tak menentu, so bila dah penat sgt tu, mula la nak ngamuk kan…tapi pelik sikit dr lain…sampai ummi tak tahu nak camne..sume org takleh nak dukung die..sbb die dah tendang2 kaki die…at last, ummi terpk nak tekan perut adik..takut die sakit perut…sbb mkn macam2 time kenduri tadik…lepas dah letak minyak tu, baru die kentut…then, baru ok sket kot perutnyer…baru die nak main…tok n tokwan pun dpt la kuar gi dgr ceramah last before mengundi keesokan hari dengan tenangnya..:)


Selamat Pengantin Baru khas buat Has & Hubby

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.....


tak lupe juga buat Azrin & Wahida

Kak Su doakan kalian Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...Sorry sebab tak dpt pi kenduri yer...balik kampung..(kaler purple ni-tema warna di kenduri sebelah wahida...:))


ummi yg dah tembam..hehehe




31/5/09

hari ni ade 1 je kenduri nya…tapi hr ni panas terik betul…gi lepas zohor…ptg tu dah blk ke bota n singgah ke ipoh jap, umah abg ipar…sonok la budak2 tu main ngan sepupu2nyer…sampai bota dah kul 11mlm…mlm tu adik dah start demam…ubat demam dah le ummi lupe bawak balik..sian adik..ummi lap2 badan adik n letak towel basah kat kepala adik…


lutfi & balqis bersama sepupu2nya...


lutfi main pagar ngan abg arif




1/6/09

hari dah nak blk kajang…adik masih demam…mujur kedai sebelah umah ade cool fever..abah beli empat…on the way blk ke kajang tu, singgah beli ubat demam yg masuk kut bawah tu…sbb adik susah mkn ubat n badan adik dah panas sgt..ummi terpaksa buh ubat tu..dengan harapan suhu badan adik turun…bila dah sampai kajang, badan adik still panas…mlm tu ade bagi adik minum susu dengan ubat…tapi pukul 3 pagi tu badan adik still panas, ummi letak lagi ubat tu…dah letak cool fever…mujur ummi cuti esok n dpt jaga adik lagi sehari…


2/6/09

badan adik dedar2 lagik..bagi mkn ubat cam biase n mandi cam biase..tapi adik tak baper mahu main…main la jugak sikit2…tak cam biase…tapi suhu badan dah turun..Alhamdulillah…


3/6/09

ummi ade training di semarak hr ni…so, ptg tu dpt blk awal sket n plan nak bawak adik pi klinik lagik..cikgu2 kat taska ckp adik monyok je hr ni..badan die still dedar2…ummi bawak adik gi klinik..at this time, suhu badan nyer 38.5…doc bg antibiotic skali…hopefully adik cepat sembuh yer sayang....